Anak Linda Rafar meninggal dunia

July 6, 2014
Anak Linda Rafar meninggal dunia

5 JULAI, anak lelaki pelakon Linda Rafar, Rezaimen Keiflin, 12 meninggal dunia hari ini akibat ketumbuhan kronik dalam perut sejak awal tahun ini.
Linda memaklumkan pemergian Rezaimen melalui laman sosial Instagramnya, kira-kira jam 6 petang tadi.
Linda memuat naik gambar anak lelakinya itu dengan kapsyen, “Al-Fatihah. Moga anak mama tenang di syurga ALLAH.”
Dua hari lalu, Linda sempat meminta agar pengikut-pengikutnya turut mendoakan kesembuhan anaknya itu.
“Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan ini saya minta jasa baik sahabat semua bacakan beberapa surah al-Quran dan doa untuk adik Rezaimen Keiflin dan selepas itu, berdoalah apa supaya sel-sel kanser dalam badan adik Men berkurang,” katanya.


Al-Fatihah.

0 beleter:

Powered by Blogger.
Back to Top