CABARAN 6 MINGGU JOM KURUS 1 MALAYSIA MUSIM KE 11

July 30, 2018
Cabaran Jom Kurus 1Malaysia yang diasaskan oleh Kevin Zahri, Cikgu Fitness Malaysia program selama 6 minggu bakal bermula tidak lama lagi. Ia adalah program kurangkan berat badan terbesar di Malaysia.  Jangan risau kerana program ini akan berlangsung pada bulan 11 Ogos - 22 September 2018 bagi musim ke 11 dan pendaftaran dibuka sekarang!


Kawasan-Kawasan JK1M

 
Program Jom Kurus berjalan serentak di lebih 150 kawasan seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Antara senarai pilihan negeri-negeri mengikut zon termasuk luar negara iaitu Brunei dan Singapura. Setiap kawasan ada pemimpin pasukan yang tersendiri tetapi setiap peserta akan dapat bimbingan Kevin Zahri melalui seminar Jom Kurus percuma.
 

JK1M BATU PAHAT | TEAM SUE

JOM KURUS SATU MALAYSIA TEAM BATU PAHAT diketuai oleh Coach Sue. Program ini tidak semestinya hanya untuk orang yang obesiti, tapi mempunyai berat badan berlebihan dan nak mulakan kurangkan berat badan dengan aktiviti yang sesuai seperti group training, sukan, senaman outdoor, bengkel pemakanan, Zumba dan lain-lain.
 
 
Coach Suhaila telah menjayakan Jom Kurus 1 Malaysia musim 6, 7, 8, 9 & 10 di kawasan Batu Pahat. Yang menariknya, team sue hanya untuk perempuan sahaja. Alhamdulilah semuanya berjaya. Apa yang lagi menyakinkan untuk korang yang dari Batu Pahat pilih coach sue kerana Coach Suhaila pemegang Diploma in Sports Studies, Degree in Sports Science, Sports massage level 1, CPR course advance level, coaching level 1, Kursus kepimpinan rekreasi luar level 2. Wow! Bidang pengkhususannya dalam strength & conditioning, rehabilitation, nutrition, sport biochemistry, biomechanic, athletic training, exercise physiology  etc.
 

JK1M Batu Pahat Suhaila | Peserta berjaya menurunkan berat badan

 
 
Coach Sue telah berjaya membantu menurunkan berat badan peserta lebih kurang 100 orang. Berkonsepkan 80% pemakanan 20% senaman adalah asas untuk penurunan berat badan. Coach Suhaila mengutamakan pemakanan yang betul untuk peserta di samping teknik senaman yang betul. Dia akan berkongsi segala nutrisi info yang berguna dan boleh digunakan selepas habis JK1M11.
 
Apabila bersenam beramai-ramai, ia akan memberikan motivasi dan inspirasi kepada anda bila anda dikelilingi dengan individu-individu yang berdedikasi tinggi dan mempunyai target yang sama. Selain memberi galakan kepada diri sendiri, korang turut mendapat sokongan daripada kawan-kawan lain yang turut sama menjalani latihan dan bekerja keras bersama-sama.
 

AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM JK1M

Ini adalah program Jom Kurus yang KESEBELAS. Dah 11 kali Jom Kurus 1 Malaysia ni berjalan pun korang masih tak sedar kewujudan program ini kan? Jadi sila ambil peluang join program yang ke 11.  Apa yang korang kena tahu mengenai Program Jom Kurus ini?

  1. Program selama 6 minggu yang bermula dari 27 Jan - 10 March 2018.
  2. Bagi Team Batu Pahat, kawasan latihan adalah sekitar Dataran Batu Pahat, Tasik Y, Bukit Soga, Bukit Payung, Bukit Berdiri dan ia akan berubah mengikut kesesuaian aktiviti dan keadaan cuaca.
  3. Aktiviti RASMI adalah pada setiap SABTU dan AHAD.
  4. Kelas tambahan pada setiap hari RABU MALAM. Tapi, Coach Sue rajin ya amat. Kadang -kadang dia akan bagi kita buat assignment. 
  5. Waktu training jk1m11 BP ( LADIES ONLY )
    SABTU 7.30AM- 9.30AM
    ISNIN 8.15PM- 10.00PM
    RABU 8.15PM- 10.00PM
  6. Setiap aktiviti selalunya mengambil masa selama 2 Jam.
  7. Timbang Mingguan akan diambil setiap minggu iaitu hari Jumaat atau Sabtu atau Ahad. Mengikut kesempatan korang. Sebab Johor cuti tak sama (Paling menakutkan)
  8. Pada Yang Baru lepas bersalin tidak sampai setahun perlu dapatkan khidmat nasihat doktor/atau khidmat nasihat dari COACH/TeamLeader.
  9. Ada apa-apa kecederaan seperti Slip Disc, Gout, Asthma, Sesak Nafas, Masalah Jantung, Tekanan Darah Rendah, Hypertension, Mudah Pitam dan lain lain masalah sila maklumkan kepada Coach/TeamLeader. 
  10. Jangan risau, latihan yang dijalankan adalah amat bersuaian untuk semua golongan.

Team Batu Pahat di bawah Team Leader Suhaila akan jalankan aktiviti seperti Bodyweight training, Circuit training, Weight training, Functional training, Tabata, Hiking, Zumba, Bootcamp, Metafit, Kayak, Seminar dengan kevin zahri .

Bila korang menyertai JOM KURUS SATU MALAYSIA TEAM BATU PAHAT, korang juga akan dapat Percuma E-Book From Kevin Zahri yang amat berguna sebagai panduan untuk korang mendapatkan tubuh idaman korang. Selain daripada itu, apa yang bagus mengenai Program Jom Kurus 1 Malaysia ini:
  1. Kita akan dilatih oleh Certified Coach/ Trainer (Certified Bodyweight Fitness Instructor).
  2.  Program ini akan mengajar kita tentang Nutrition Plan dan Fitness Plan.
  3. Hanya Rm300 untuk yuran penyertaan dan untuk 10 Peserta Terawal akan dapat diskaun 10%  selagi tawaran masih ada.
  4. Peserta yang menyertai kali kedua dikenakan caj bayaran sebanyak Rm240 sahaja. Diskaun 20%.

DAFTAR SEKARANG WARGA BATU PAHAT !


Buat apa-apa saja, mesti berguru dan berilmu. Jangan ikut Google atau YouTube. Mungkin cara diet tu, sesuai dengan dia. Bila kita cuba, tak menjadi. Disinilah pentingnya ilmu. Apa yang pasti, korang pasti akan seronok dalam menurunkan berat badan dan sihat bersama keluarga Fitness JK1M TEAM BATU PAHAT! Paling penting diet tersebut mesti betul, tak perlu ikat perut tak makan nasi. Ishh! tak boleh betul aku tak makan nasi.

Website :- Jom Kurus 1 Malaysia 
Contact :- +6018-2208768 Coach Sue


LANGKAWI TRIP | Itinerary & Budget

July 26, 2018
Akhirnya selepas aku update entry berkaitan tempat menarik di Langkawi, kali ini aku nak ceritakan pula sepanjang perjalanan kami ke sana dan habiskan duit ke sana. hahahaha


Trip aku kali ini adalah bersama kawan-kawan aku, macam reunion poli pun ada jugak. Daripada 10 orang tinggal kami berempat. Bincang nak pergi akhir tahun 2017. Haa, nampak tak punyalah awal kami merancang. Ada banyak cara untuk pergi ke Langkawi tu, sama ada kau nak naik kereta (kereta naik ferry terus atau kereta park kat jeti lepastu  naik ferry), bas (sampai jeti naik ferri pulak) ataupun kapal terbang (terus touch down Langkawi). Bagi aku kalau naik kereta akan ambil masa yang panjang untuk tiba ke sana. 


Haa, kami pilih naik kapal terbang yang mengambil masa selama 1 jam sahaja terus sampai. Yang jadi panjang bila nak kena tunggu lama untuk bording time itu yang teramat  lama yang amat. Beli tiket masa tu bulan 3. Dapat harga murah sikittt je sebab diskaun 30% je. Aku sarankan kau pergi booking tiket semasa promo free seat atau boleh amik tiket awal 6 bulan sebelum pergi. Atau rajin-rajin cari offer tiket kat website sana. 4 hari 3 malam (untuk elak kena bayar cukai) di tanah jajahan Tun Mahathir. Dan kami memilih untuk menginap di tengah-tengah Pekan Kuah, Hotel Langkasuka. Kalau ikut kami punya itinerary tak perlu pilih tempat tidur yang mahal-mahal sebab siang kami tak melekat pun dalam bilik. 

Itinerary Trip Langkawi 4 Hari 3 Malam

Ini adalah thread! hahaha. Takpayah buat hal twitter ke dalam blog. Bukan semua orang ada twitter Mimin oi. Dari hari pertama, sudah ada orang request suruh buat itinerary trip di Langkawi. So, jom selam sama sama.

DAY 1 | 28 Jun 2018 
8.00 Pagi | Ketibaan kami di Langkawi


Penerbangan kami jam 6.35 pagi. Itu bermaksud jam 6.30pagi dah kena masuk dalam perut kapal terbang. Tepat jam 8.00 pagi kami tiba di Lapangan Terbang Langkawi. Sesampai je kami di airport, Eyra terus roger Encik kereta sewa Langkawi murah. Kami amik Vios. Serious murah. Nanti aku cerita kat next story pasal kereta sewa murah di Langkawi. Terdapat kesulitan mungkin traffic sesak, kereta sampai lebih kurang jam 9.00 pagi. Wan Asyraf dah peluh tiakk tunggu kat Jetty. Dapat je kereta terus shoot pergi ke Jetti Kuah. Lebih kurang 45 minit rujuk google maps jugak nak ke sana sebab belum biasa jalan sana kan.

9.45 pagi | Breaklunch Kak Yan Nasi Campur


Kak Yan Nasi Campur adalah kedai makan yang terkenal di Langkawi. Merupakan tempat wajib kalau nak makan. Kepelbagaian lauk pauk yang sedap dan murah. Lauk daripada makanan laut, ikan air tawar dan macam-macam lagi membuatkan ramai yang ingin datang ke sini. Memang sedap dan banyak pilihan makanan korang boleh makan. Kenyang perut pasti senang hati. hahaha. Spend harga untuk makan di sini RM 5.00 - 10.00 seorang (bergantung lauk yang korang amik)

Lokasi: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah

10.15 pagi | Tanjung Rhu


Sebenarnya sini main berhenti je, sebab nampak pulau tu cantik. Haaa, rupanya sini tempat menarik yang boleh korang buat aktiviti iaitu Kilim Geoforest Park. Yee, ada macam macam aktiviti situ boleh buat. Antaranya Gua Kelawar, Eagle Feeding, Gua Buaya, dan Rumah Terapung. Aktiviti ni kena sewa boat. Untuk aktiviti Kilim Geoforest Park harga bermula RM300. Aktiviti yang ini kami bukan dalam senarai. hahahaha. So, jom ke next destination.

Lokasi : 3 kilometer timur laut Pantai Tanjung Rhu
 
10.30 pagi | Bird Paradise Wildlife Park



Bird Paradise Wlidlife Park atau lebih dikenali sebagai Langkawi Wildlife Park. Kalau nak santai santai tengok haiwan comel comel dengan size yang unik macam burung, monyet ular, buaya dan macam macam lagi. Berpeluang bermain dengan burung, landak dan arnab tau. Harga tiket RM 24.00 untuk dewasa dan RM 16.00 kanak-kanak dan warga emas. Untuk info lanjut boleh rujuk entry lepas aku Bird Paradise Wlidlife Park.

Lokasi : Lot 1485, Kampung Belanga Pecah, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah

3.00 petang | Hotel Langkasuka, Langkawi


Lebih kurang jam 3.00 petang kami check in. Boleh tahan murah dan selesa untuk kami menginap selama 4 hari 3 malam di Hotel Langkasuka. Harga 4 hari 3 malam untuk sebilik RM363. Kami amik 2 bilik, maka semua sekali RM726 dan seorang RM 181.50 kena bayar siap dengan sarapan pagi. Atau aku cadangkan untuk kau nak lagi cut cost, carilah homestay. Hotel ni bersebelahan dengan Langkawi Parade. Check in dan rehat sekejap sementara nak pergi merayap.

Lokasi: Batu 3/4 A14-15, Pokok Asam Pulau, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

5.30 petang | Hafiz Rojak, Pantai Kok
Hafiz Rojak
Pasemboq, Hafiz Rojak

Laksa, Hafiz Rojak

Pantai Kok


Antara Manu yang menarik di Hafiz Rojak ialah seperti laksa, Mee rebus, Pasembur, Rojak buah dan lain-lain lagi. Jadi bagi pengunjung yang datang ke Langkawi wajib cuba Hafiz Rojak di Pantai Kok memang terbaik! Lepas tu meh lee amik gambar dekat sekitar Pantai Kok ni. Tengok model kat atas tu, lawa kan! hikss ^.^ Kat sini, aku spend makan minum hanya RM 8.00

Waktu : 2.00Ptg – 7.30 Ptg
Lokasi: Jalan Pantai Kok, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.

7.30 malam | Pasar Malam Temonyong



Betul, gambar ni tak menipu tahu. Memang dah pukul 7.30 malam. Memang dekat sana cuaca tak gelap lagi. Kalau dekat Johor 7.30 dah gelap betul tahu. Selain Langkawi terkenal dengan pinggan mangkuk dan coklat, Langkawi sebenarnya juga amat terkenal dengan pasar malam. Sebab hari-hari ada pasar malam di lain-lain lokasi. Kalau bercuti ke Langkawi, jangan terlepas untuk singgah ke Pasar Malam di Langkawi kerana macam-macam makanan serta barangan ada dijual kat sini. Pasar Malam di Langkawi juga diadakan setiap hari bermula seawal jam 7 sehingga jam 10 malam di lokasi yang berbeza. Memang best sebab hari-hari ada pasar malam dan dapat makan makanan yang best-best. 

Jadual Lokasi Pasar Malam Langkawi
Ahad : Padang Matsirat
Isnin : Ulu Melaka
Selasa : Kedawang
Rabu : Kuah
Khamis : Temonyong
Jumaat : Ayer Hangat
Sabtu : Kuah
Masa : 7pm – 10pm

8.45 malam | Restoran Wan Thai, Langkawi



Restoran ni dekat sahaja dengan Hotel Langkasuka yang terletak di Pekan Kuah ini menyediakan menu seafood dan juga udang galah yang segar. Harganya agak murah jugak sebab semuanya seafood ada di sini fresh! Selain tu ada ketam hidup, dan makanan laut lain. Cara masakannya pula korang boleh pilih sama ada mahukan makanan ala Thai atau Chinese style. Kat sini kami makan kongsi, sorang lebih kurang RM30.

Lokasi : 86, Persiaran Bunga Raya, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
Hubungi : 04-966 1214


Day 2 | 29 Jun 2018
9.00 Pagi | Makam Mahsuri, Langkawi


Langkawi merupakan tempat Lagenda di mana ada cerita uniknya tersendiri di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia menghembuskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.

Cerita Mahsuri ni sangat terkenal, maka rugilah kalau datang sini tak tahu kisah kisah mahsuri. Di sini terdapat makam beliau, replika rumah beliau dan telaga. Boleh baca entry Makam Mahsuri ini. Jangan lupa tunjukkan kad pengenalan, harga masuk untuk yang ada kad pengenalan Dewasa : RM 12.00 dan Kanak-kanak : RM 6.00

Lokasi : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawat, Mukim Ulu Melaka. 

 11.30 pagi | Gamat Nusantara Langkawi


Nusantara Maju Enterprise juga dikenali sebagai kilang gamat yang terbesar dilangkawi. Kat sini kau boleh dapatkan harga murah beli barang gamat, minyak angin segala minyak semua ada kat sini. Ni merupakan showhouse Gamat Nusantara.

Lokasi : Nusantara Maju Enterprise, Jalan Padang Mat Sirat, Langkawi

12.30 tghhari | Restoran Siti Fatimah

Sebenarnya nak pergi makan dekat Nasi Dagang Pak Malau, tapi tengah terkendala. Mungkin tengah renovation agaknya. Untuk terapikan diri sendiri, makanyaa ber ootd lah kami di bendang sawah. Maaflah, dekat Johor tak ada sawah padi yang pemandangan ada gunung kat belakang dengan awan karpet tuu haa. Lepas tuu, barulah kami gerak nak isi perut yang dah bunyi tu haa.


Hari semalam kami makan dekat restoran Kak Yan Nasi Campur, maka tengah hari ni kami makan dekat Restoran Siti Fatimah. Suasana kedai sangat sejuk sebab dikelilingi pokok. Harga tak terlalu mahal bergantung pada lauk pauk. Harga aku makan RM5.00 lebih kurang macam tu, ikutlah cara kau amik lauk apa masa tu.

Lokasi : Batu 5 1/4, Jalan Kampung Tok Senik, Kawasan mata Air, 
Ulu Melaka, Langkawi, 07000, Langkawi, Kedah

1.30 petang | Dataran Helang, Langkawi


Nasib baik photographer kali ni tangan dia bedung sikit. hahaha, Jadi ini lah destinasi aku seterusnya. Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.

Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.

Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh. 

Lokasi : Kuah, 07000 Langkawi, Kedah (Sebelah Jetti Kuah)

2.00 petang | Taman Lagenda, Langkawi


haah, gambar diorang je ada.. Gambar aku langsung takde. Hello poliss! saya jeles. hahaha
Taman Lagenda ni sebenarnya tempat beriadah. Pada asalnya kewujudan taman lagenda langkawi adalah idea dari tun mahathir dan mula dibuka secara rasmi pada tahun 1996. dulu taman ni adalah pantai dan lautan lepas tu ditambak seluas 50 ekar.

Tujuan taman lagenda langkawi dibina adalah untuk 'menghidupkan semula' cerita-cerita lagenda dan mitos pulau langkawi. Taman ni mempunyai empat buah tasik buatan, sebuah lagun dan pantai. Kami tak lama kat sini, sebab tak beriadah kat sini. hahaha

Lokasi : Sebelah Dataran Lang

3.30 petang | Underwater World Langkawi


Haaa, ada peguin kat Langkawi. Peguin bernyawa tau. Bukan replika. Pelbagai jenis haiwan di permukaan air dan di darat kat Underwater World Langkawi. Harga masuk berbeza dengan yang tak ada kad pengenalan. Harga yang ada Kad pengenalan RM 36.00 dewasa dan kanak-kanak RM26.00.

Lokasi : Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

6.30petang | Nest Rooftop Cafe Langkawi

View 6.30 petang
View 7.00 malam
View 7.15 malam
View 7.45 malam | lawa pemandangan ni
View 7.50 malam
Haa, aku dah cakap. Aku rasa aku pergi Langkawi ni macam bukan dekat Malaysia. Sebab masa siang dia panjang sikit dari biasa. Makanan kat sini sedap! sumpah sedap. Tapi aku tumpang dak eyra ni makan je. Kenyang lagi masa tu. View sini memang lawa giler beb. Kalau nak rasa tenang-tenang pemandang laut dan hirup kopi atau jus buah sementara matahari jatuh, ini antara tempat di Langkawi yang boleh korang layan.

Lokasi : 1659, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah

8.45 malam | Fire show, Pantai Cenang


Lepas tengok matahari terbenam, kami balik hotel bersihkan diri. Konsep hari ini adalah santai santai. Lebih kurang 8.45 - 9.00 malam kami ada kat Pantai Cenang semula untuk lihat pemandangan Langkawi waktu malam. Yes! lawa giler weyh. Kami duduk sekejap kat sini . Lepas tu cari makan. Haa, entry makan kali ini tak tunjukkan sebab makan lah kat mana-mana. Memang tak mengecewakan masakkan dia. serious, Hahaha

Day 3 | 30 Jun 2018
9.00pagi | Skytrex Adventure, Langkawi


Siapa suka extream adventure boleh datang ke Skytrex Adventure Langkawi . Kalau aku cerita kat sini memang tak habis, Jadi aku dah siapkan cerita khas untuk skytrex tu. haaa,. Harga ikut pakej. Ada 3 pakej semuanya. Little Legend Adventure RM45, Eagle Thrill RM55 dan Island Extreme RM65. Ini harga online tau. Kalau harga walkin atau tips kau baca entry aku tuu.

Lokasi : Jalan Teluk Yu, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah


11.30pagi | Air terjun Telaga Tujuh


Lepas kau dah melecun satu badan kat Skyrex tu, kau cepat cepat segarkan diri dekat Air terjun telaga tujuh ni.  Masuk air terjun ni takde kena kan bayaran. Hanya parking sahaja kena bayar RM2.00. Tengah hari kami makan dekat sini je. Murah dan sedap juga. Tak tipu.

Nama air terjun ini bermaksud 'Telaga Tujuh', merujuk kepada koleksi tujuh kolam berasingan yang terjadi secara semula jadi. Menurut cerita penduduk tempatan, dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air di sini.

Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.  

Lokasi : Terletak di Gunung Mat Cincang.

2.00petang | Skycab, SkyBridge, Skydome, SKyrex, 3D Art in Paradise

 

3D art in paradise
Semua ini aku dah buat entry khas, korang boleh baca TARIKAN LANGKAWI | SKYCAB DAN SKYBRIDGE LANGKAWI .

Lokasi : Berhampiran dengan Air Terjun Telaga tujuh

6.30 petang | HIG Group

sumber : google

Haa, kalau tak datang sini maka trip Langkawi kau sia-sia. Sinilah tempatnya untuk beli coklat, periuk pinggan mangkuk kau tuu haa. murah giler beb. Kalau naik flight rugi sikit tak dapat borong. Takut tak lepas untuk balik nanti. Kat sini kau boleh decide nak simpan duit ke nak habiskan duit kat sini

Lokasi : Jalan Pandak Mayah, Pusat Bandar Kuah, 07000 Kuah, Kedah

8.30 malam | Seashell Laman Padi, Langkawi


Takde gambar pulak kat sini, sebab pertama bateri nyawa-nyawa ikan kedua sebab dah keletihan giler seharian ni, Hidangan dalam berbentuk set. Pun sedap jugak. Superb sedap dengan view dia lawa giler. Ramai marah sebab makanan dia tak sedap. Kau nak tomyam ke seafood ke... sini bukan tempat dia okay! takyah nak marah marah sebab makanan dia tak kena tekak kau. hahaha. Itu jelah untuk hari ke tiga di Langkawi. Dan kami kepenatan yang teramat penat

Lokasi : Laman Padi, Langkawi

Day 4 | 1 Julai 2018

Ini merupakan hari terakhir kami, di mana takde pun aktiviti yang kami buat selain bersiap untuk pulang kembali ke kehidupan sebenar. Shopping terakhir di HiG, lepas tu hantar Wan Ashraf ke Jetti Kuah. Pulangkan kereta sewa dekat airport dan Flight tiket jam 12.30 tgh hari, delay flight dalam pukul 2.00 petang jugak baru boarding.

Kami habis banyak kat makan dan masuk ke tempat Tarikan di Langkawi. Itu pun belum semua cover. Mungkin ada Langkawi 3.0 pulak ke kan. hihi. Untuk single dewasa yang tak berapa demand lebih kurang macam aku, budget bawak dalam RM600 - RM700 tidak termasuk flight tiket  kos di Langkawi. okay itu sahaja.. thanks sudi baca . ahhaha

TARIKAN LANGKAWI | SKYCAB DAN SKYBRIDGE LANGKAWI

July 25, 2018
Tahun 2013 aku pernah jejakkan kaki di Langkawi ni sebenarnya dengan keluarga aku, tak banyak tempat aku terjah masa tu. Aku pergi mana je ye. Aku paling ingat hanya pergi HIG dengan kilang gamat je. Selain itu aku macam hilang memori. hahaha

 SKYCAB LANGKAWI



Langkawi SkyCab ini terletak di lokasi yang sama dengan Art In Paradise Langkawi iaitu di Oriental Village. Banyak sebenarnya yang ada di sini termasuklah Langkawi SkyBridge, SkyDome, SkyAdverture Park, Geopark Hotel dan kedai-kedai yang menjual cenderamata. Tak susah nak cari lokasi ni sebab kalau di Langkawi ni pusing-pusing akan sampai kat area tu juga. 


Suasana di dalam Oriental Village ni tenang je. Kalau nak duduk-duduk je kat dalam ni sampai tengok gelagat orang memang dah okay, tapi tak seronoklah kalau dah jejakkan kaki kat sini tapi kau tak explore apa ada dalam ni. Haaa, dah tuu pergilah beli tiket skycab! hahaha  Untuk ke kaunter tiket SkyCab, kita haruslah berjalan kaki sedikit ke dalam selama 5 minit. Jangan risau, takde lah jauh sangat. Boleh lagi mencuci mata sebab macam-macam dijual kat sini.


Setibanya di muka pintu skycab, sebenarnya banyak sangat pakej yang ditawarkan oleh pihak skycab. Dan ada agent mereka menawarkan pakej terbaik dari mereka. Kat sini, kena pandai sikit cari. Tapi jangan terbeli dengan ulat tiket pulak. Kami amik pakej RM 47.00 / dewasa, RM 32.00 / kanak-kanak iaitu pakej Skycab + Skydome + Skyrex + 3D art in paradise. Sudah pasti kad pen genal


Mulakan langkah dengan menuju ke skycab. Skycab ini akan bawa kita ke skybridge. Melintasi hutan dan memanjat lebih daripada 550 juta batu lama, SkyCab memberikan korang lebih daripada satu pengalaman unik. Baru tahu sebenarnya SkyCab ini merupakan yang terpanjang sekali di Asia dan yang pertama muncul dari laut. 


Terdapat 3 kali  fasa, pengkalan, tengah dan top ketika menaiki Langkawi SkyCab. Pada hentian yang pertama, kita boleh turun dan mengambil gambar di sini. Walaupun baru berada setinggi 650meter pada aras laut, tapi view kat sini memang sangat cantik. Dengan suasana yang sedikit berangin dan gunung yang menghijau, ambil gambar macam mana pun cantik.




Perjalanan dari Stesen Pangkalan ke Stesen Tengah merangkumi 1,700 meter panjang. Stesen Tengah berada di ketinggian 650m di atas paras laut, pelawat boleh turun di stesen dan berjalan ke platform tontonan, atau terus melakukan perjalanan di gondolas untuk 450 meter lagi ke Stesen Top. Di sebabkan aku dan team aku kesuntukkan waktu, kami menaiki SkyGlide  ke Skybridge tuu. Skyglide ni kena bayar lain. Harga RM15.00 seorang. so atas tu view sikit skybridge.Kalau tak nak kena hiking sikit. Dalam 10 minit baru sampai ke skybridge tersebut.



Ada love lock jugak dekat skybridge ni masa korang nak menuju balik nak naik ke skycab platform permulaan. Tak free, amik gambar je free. Hahahha. Masa kau dalam cable car tu, kau orang akan nampak view air terjun, view laut dan view hutan. Lawa beb.  Kau wajib datang sini.

SKYDOME LANGKAWI


SkyDome ni sebenarnya adalah sebuah persembahan multimedia Roller Coaster yang dipancarkan di dalam Dome yang besar. Sebagai penonton, kita akan duduk di dalam Dome tersebut dan menonton sambil mendongak ke atas seperti menonton wayang. Bagi aku okaylah, sebab ini pertama kali aku rasai dan seolah olah macam kita tengah naik roller coaster tu.

SKYREX LANGKAWI


SkyRex menyediakan pengalaman dinamik dan benar-benar mendalam yang mengambil simulasi ke tahap yang baru. Selepas memasuki SkyRex, pelawat mengambil tempat duduk mereka di atas simulator bergaya trem dan diambil dalam perjalanan selama 5 minit yang penuh dengan keseronokan yang merosakkan platform deria-deria, gerak dinamik, letupan udara, semburan air, getaran, pencahayaan dramatik, bunyi sekeliling dan filem 3D yang diunjurkan ke hadapan dan kedua-dua sisi trem, menggabungkan untuk memberikan pengalaman yang paling realistik. Bagi aku yang belum kahwin dan punyai anak, ia sangat biasa biasa atau mungkin boleh buat tambah baik sedikit.

3D Art in Paradise




Terdapat sebanyak 9 zon lukisan diantaranya adalah “Safari Zone”,  “Fantasy Zone”, “Classic Zone”, “Aquarium Zone” dan “Malaysia Zone”. Terdapat beberapa lukisan dan checkpoint bergambar yang bersambung di antara satu sama lain. Jadi kalau nak bergambar kenalah beri peluang kepada orang lain juga. 3D art in Paradise Langkawi ini aku rasa paling besar dan menarik. Di sini pun ada bed time story yang menggagumkan. Tak rugi masuk sini nak nak yang bawak anak-anak.

------------------------------------------------
Kalau beli tiket secara berasingan, harga tiket pasti mahal. Jadi, semasa di kaunter pembelian tu. Fikirlah sebaik baiknya okay!






Powered by Blogger.
Back to Top